MR. IDALY - Bijak Digital Bijak Jana Hasil
Tukang Jual Digital @ Digital Marketer @ Affiliate Marketer @ FIGHTER !
JOM ! LIHAT SEJAUH MANA DIRI ANDA BOLEH MENJADI DIGITAL MARKETER
SESUAI DENGAN CIRI-CIRI BERIKUT
.jpg)
.jpg)
| Siapa Kental Dia Bertahan ! |
Saya bukan lah "Sifu" atau "Coach" yang memiliki produk digital sendiri atau course sendiri. Saya sekarang lebih fokus sebagai "Tukang Jual" atau agen atau affiliate untuk produk-produk yang saya yakin akan dapat membantu ramai orang di Malaysia untuk memulakan perniagaan Online (sebagai Affiliate Marketer) dan mendapat manfaat pendapatan tambahan dari teknologi digital terkini.
Ayuh ! sertai tribe saya untuk kita bersama-sama belajar dan membina perniagaan online sendiri dan mendapat manfaat dari teknologi ini.
| Siapa yang boleh join ! |
Juga boleh kepada sesiapa yang hendak buat digital marketing sendiri untuk bisnes sedia ada seperti para peniaga dan usahawan baru.
Ikuti kisah di bawah sebagai pengenalan kepada langkah pertama perubahan dunia kerjaya anda.
Dari Gaji Biasa Ke Keuntungan Luar Biasa — Kisah Tukang Jual Digital Malaysia
Semuanya bermula dari satu keputusan kecil: “Aku nak cuba buat income lebih…” Dan dari situlah, seorang pekerja biasa mula ubah masa depannya — satu klik demi satu klik...
FASA 1 # MAKAN GAJI, GAJI CUKUP MAKAN
Aku kerja pejabat 9 pagi sampai 6 petang, kadang-kadang stay siapkan kerja sampai 10 malam, hari-hari ulang rutin yang sama. Tapi bila hujung bulan, gaji yang masuk terus habis bayar komitmen – sewa rumah, bil, hutang, sekolah anak.
Lagi sedih, kadang-kadang perbelanjaan lebih besar dari gaji. Terpaksa pinjam – guna duit masa depan semata-mata nak bertahan hidup. Nak simpan? Memang tak sempat. Nak bantu mak ayah di kampung? Hanya mampu tanya khabar. Nak buat hobi sendiri pun tak lepas – semuanya perlukan duit.
Anak-anak pula… Terpaksa belajar untuk berjimat dari kecil. Tak dapat banyak ikut aktiviti sekolah, tak dapat main benda yang mereka suka. Sebagai ibu bapa, rasa sangat bersalah.
Dalam hati, aku tahu… aku nak berubah. Tapi nak mula berniaga pun tak tahu dari mana. Tak ada modal besar, tak ada masa, tak ada ilmu. Yang ada cuma tekad dan impian nak ubah nasib keluarga.
FASA 2 # TUKANG JUAL DIGITAL – MULA BELAJAR JADI ORANG BISNES
Satu hari, aku jumpa peluang — boleh buat duit dengan jual produk digital orang lain. Tak perlu simpan stok, tak perlu keluar rumah. Guna telefon dan laptop sebagai “alat kerja utama”. Aku mula explore bagaimana nak share link di WhatsApp, Facebook, Instagram. Dari situ, aku mula nampak potensi sebenar. Kalau digunakan dengan betul, smartphone dan laptop boleh jadi "mesin duit". Tapi aku cepat sedar — Kalau nak hasil luar biasa, tak cukup sekadar share link. Aku kena ada ilmu, sistem & strategi..
Perubahan Mindset Yang Mengubah Hidup..
1. Dari kerja makan gaji → kepada bina bisnes sendiri.
Mula fikir macam usahawan: belajar, bina sistem, cipta jenama.
2. Dari kejar duit → kepada membina aset bisnes secara digital.
Fokus kepada sistem dan database yang hasilkan jualan tanpa saya perlu "jual" setiap masa.
Aku belajar dengan cara ;
✔Join module bina perniagaan online, bermula dengan dunia affiliate marketing.
✔Fahami asas digital marketing & strategi buat duit online secara beretika.
✔Belajar asas pengiklanan digital, bermula dengan
• Pre Ads – kenal produk, kenal audiens, tulis konten yang menarik perhatian.
• Run Ads – belajar langkah demi langkah iklankan di Facebook, Instagram, TikTok & Google.
✔Gunakan WhatsApp, email, dan social media untuk follow-up dan bina hubungan dengan pelanggan.
✔Guna tools automasi untuk mudahkan kerja dan jimat masa.
Walaupun masih bekerja sepenuh masa, aku dah mula hasilkan pendapatan dari rumah dengan cara yang tersusun dan profesional. Dan sekarang aku tahu, aku sedang bina sesuatu yang boleh pergi jauh.
FASA 3 # SOLOPRENEUR – BUAT SEMUA SENDIRI, TAPI DENGAN SISTEMATIK
Bila dah ada asas dan keyakinan, aku mula buat semuanya sendiri. Dari cari produk affiliate, bina konten, setup sistem pemasaran, semua aku urus sendiri. Aku jadi seorang solopreneur — bisnes satu orang, tapi jalan macam syarikat kecil.
Antara perkara aku buat sebagai Solopreneur
✔Bina branding & page untuk nampak lebih profesional.
✔Hasilkan konten secara konsisten – ikut strategi, bukan ikut mood,
✔Setup funnel & sistem follow-up guna WhatsApp & email.
✔Kumpul database sendiri untuk jangka panjang.
✔Gunakan tools automasi AI untuk jimat masa & kerja lebih pintar
Aku mula rasa seronok dan lebih yakin. Setiap kali ada pelanggan masuk atau komisen masuk — walaupun aku tengah tidur atau bersama keluarga — rasa macam "YES! Aku boleh buat!".
Yang paling penting, aku dah tak rasa blur. Aku tahu apa yang perlu dibuat setiap hari. Aku ada sistem, bukan sekadar semangat semata-mata. Aku tak kerja untuk orang, tapi aku juga bukan bekerja sendirian. Aku bina rangkaian, komuniti, dan ilmu yang boleh bantu orang lain juga.
FASA 4 # BUSINESS OWNER – DARI USAHA SEORANG, KEPADA BINA TEAM & SISTEM SENDIRI
Bila bisnes makin stabil, aku sedar… Kalau aku nak berkembang, aku tak boleh buat semua seorang diri selamanya. Masa aku tetap 24 jam. Tapi impian aku jauh lebih besar. Aku mula fikir macam pemilik bisnes sebenar. Aku mula bina sistem dan team.
Apa perubahan besar sebagai Business Owner
✔Gaji pertama aku bukan dari syarikat lain, tapi dari bisnes sendiri
✔Rekrut part-time assistant untuk bantu urus operasi & follow-up
✔Gunakan sistem CRM untuk urus pelanggan & tracking jualan
✔Bangunkan SOP supaya bisnes boleh jalan walaupun aku tak sentiasa “hadir”
✔Fikir jangka panjang – bukan setakat nak untung hari ni, tapi nak bisnes bertahan 5-10 tahun lagi.
Aku bukan lagi sekadar "Tukang Jual". Aku cipta peluang pendapatan untuk orang lain. Dan dalam masa sama, aku lebih masa untuk keluarga, diri sendiri dan perkara yang lebih bermakna. Sekarang aku tahu… Bisnes yang sebenar adalah bila aku boleh keluar dari kerja harian dan biarkan sistem & team jalan sendiri.
FASA 5 # INVESTOR – DUIT BEKERJA UNTUK KITA, BUKAN KITA BEKERJA UNTUK DUIT
Lepas bisnes aku makin stabil dan sistem dah berjalan sendiri, aku mula fikir lebih jauh — macam mana nak gandakan pendapatan tanpa tambah beban kerja? Jawapannya, jadi Pelabur. Aku mula belajar alirkan duit bisnes ke tempat yang boleh beri pulangan — biar duit bekerja untuk aku.
Peralihan dari Business Owner ke Pelabur
✔Asingkan duit bisnes & duit simpanan untuk pelaburan
✔Masuk ke dalam pelaburan digital yang aku faham — seperti eBook, modul, tools online.
✔Beli aset digital yang jana pendapatan pasif (royalti, software, database iklan).
✔Mula belajar pelaburan jangka panjang – emas, saham, hartanah.
✔Letak masa dan tenaga untuk bantu orang lain buat perkara yang sama.
Aku tak kejar kaya cepat. Tapi aku bina sistem, rangkaian & aset yang beri pulangan konsisten dan berterusan. Dan sekarang, aku tak lagi bergantung pada masa aku untuk jana duit. Aku ada pilihan — untuk bekerja, atau untuk berehat. Itu sebenar-benar kebebasan.
| DI SINI BERMULA ! |
Saya sangat mencadangkan untuk anda mula dengan SSBD.
SENYAP SENYAP BUAT DUIT SSBD
SSBD adalah dibangunan oleh POKNIK
Untuk maklimat terperinci klik ini.
